Berapa kos selang servis Honda WR-V? Kami kira untuk anda….

757

Ketibaan Honda WR-V ke pasaran tempatan bakal bersaing dengan Perodua Ativa

WR-V didatangkan dengan empat pilihan varian pada harga serendah RM89,900 seunit. Jika anda memilih varian terendah iaitu S, ansuran bulanan sekitar RM917 bagi tempoh pinjaman 9-tahun.



Sebelum membeli kereta baharu, pemilik perlu membuat kiraan bajet yang mana  perlu mengambilkira kos selang servis selain daripada ansuran bulanan dan cukai jalan bersama insurans.

Berapakah kos selang servis WR-V?. Bagi 1,000km pertama, Honda Malaysia menawarkan pemeriksaan percuma melibatkan minyak enjin, cecair ATF, drain plug washer, minyak brek dan coolant. 

Di bawah, kos penyelenggaraan Honda WR-V yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Honda Malaysia.

  1. Servis 10,000km (RM268.55)

Selepas 1,000km, servis seterusnya adalah 10,000km dengan kos RM268.55 yang melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin + drain plug washer : RM139.13
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Caj buruh: RM112.50
  • Caj SST: RM6.75

Pada servis 10,000km, pemeriksaan komponen lain termasuklah pembersih udara, cecair ATF, minyak brek, coolant dan penapis habuk dan debunga.

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 50,000km dan 70,000km.

2. Servis 20,000km (RM327.08)

Selepas setahun pemilikan atau mencapai 20,000km, kos selang servis yang perlu dikeluarkan pemilik adalah RM327.08 

Servis ini melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin + drain plug washer : RM139.13
  • Penapis minyak: RM34.68
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Caj buruh: RM135
  • Caj SST: RM8.10

Pada servis 20,000km, pemeriksaan komponen lain termasuklah pembersih udara, cecair ATF, minyak brek, coolant dan penapis habuk dan debunga.

3. Servis 30,000km (RM476.96)

Pada kilometer ini, pemilik WR-V perlu melakukan servis  komponen:

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM139.13
  • Pembersih udara: RM93.60
  • Penapis habuk dan debunga: RM234.06
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Caj buruh: RM150
  • Caj SST: RM9

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 90,000km.

4. Servis 40,000km (RM483.74)

Apabila mencapai dua tahun pemilikan atau 40,000km, pemilik WR-V perlu melakukan servis  komponen:

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM139.13
  • Penapis minyak: RM34.68
  • Minyak CVT + drain plug washer: RM140.76
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Tiada caj buruh dikenakan

Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 80,000km.

5. Servis 60,000km (RM552.85)

Apabila perbatuan 60,000km atau tiga tahun pemilikan, kos servis bertambah menjadi RM522.85. Pada peringkat ini, selang servis melibatkan komponen: 

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM139.13
  • Penapis minyak pelincir: RM34.68
  • Pembersih udara: RM93.60
  • Minyak brek: RM41.21
  • Penapis habuk dan debunga: RM234.06
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Tiada caj buruh dikenakan

6. Servis 100,000km (RM712.79)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis adalah RM712.79 termasuk penggantian palam pencucuh.

  • Minyak enjin + drain plug washer: RM139.13
  • Penapis minyak pelincir: RM34.68
  • Palam pencucuh iridium: RM528.81
  • Pemeriksaan brek: RM10.17
  • Tiada caj buruh dikenakan

Dalam tempoh lima-tahun pemilikan WR-V, pemilik perlu mengeluarkan kos selang servis sebanyak RM4319,77. Sebagai perbandingan, kos selang servis 5-tahun model HR-V 1.5NA adalah RM4269.98.

Harga komponen selang servis WR-V dan HR-V adalah sama kerana kedua-duanya menggunakan enjin sama. Perbezaan harga hanyalah pada caj pemeriksaan brek yang mana pemilik WR-V perlu membayar RM10.17 berbanding HR-V (RM9.86).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here