JPJ: Tiada perubahan syarat perbaharui lesen memandu warga emas

249

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan mesej tular mendakwa warga emas lebih 65 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan penglihatan sebelum memperbaharui lesen memandu.

Maklumat tular itu mendakwa, warga emas terbabit boleh memperbaharui lesen memandu masing-masing di kaunter khas di pejabat JPJ.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, tiada perubahan membabitkan proses pembaharuan lesen memandu warga emas.



“Pembaharuan lesen memandu bagi warga emas adalah seperti biasa.

Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat supaya tidak tertipu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here