Daihatsu Rocky dikesan jalani ujian ADAS, Perodua Ativa bakal terima ASA dengan radar?

887

Pengguna Facebook, Hassanal Zafar berkongsi imej Daihatsu Rocky yang sedang menjalani ujian sekitar Dengkil, Selangor.

Imej yang dikongsi dalam grup Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group itu mendedahkan SUV kompak tersebut dilengkapi dengan Bantuan Keselamatan Termaju (ADAS) menggunakan radar.



Menerusi imej yang dikongsi boleh dilihat sensor yang diletakkan pada gril depan di bawah logo Daihatsu.

Sistem ADAS yang didatangkan pada Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) sedia ada menggunakan jenis kamera. Penampilan luaran tidak berubah masih menggunakan rekaan sedia ada.

Kemunculan Perodua Ativa pada 2021 dilengkapi dengan ASA 3.0 merangkumi Amaran Pra Perlanggaran, brek pra perlanggaran (AEB), front departure alert dan pedal misoperation control sebagai standard.

Menerusi imej yang dikongsi, kemungkinan Perodua bakal memperkenalkan Ativa facelift tahun depan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here