Kawasaki ZX-25R pasaran tempatan bakal terima pilihan warna hijau KRT dan kelabu

1039

Kawasaki ZX-25R hanya menunggu masa dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan. Pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia, EMOS membuka tempahan sportbike berkenaan minggu lalu.

Namun, informasi terperinci tentang ZX-25R masih disimpan rapi menjelang pelancaran. EMOS mendedahkan akan membawa masuk  dua varian iaitu Kawasaki ZX-25R SE dan ZX-25RR.



Menerusi maklumat awal diterima, pasaran Malaysia akan membawa masuk spesifikasi Thailand yang mana output sedikit rendah berbanding Indonesia. Kebarangkalian ia berkaitan dengan regulasi euro yang ditetapkan di pasaran tempatan. 

Bagaimana pula dengan warna?, Motoqar dimaklumkan EMOS bakal menawarkan dua pilihan warna iaitu lime green/ebony (hijau) dan metallic grapphinesteel gray/ebody (kelabu gelap).

Pilihan warna kelabu gelap berkenaan ditawarkan pada model naiktaraf Kawasaki ZX-25R SE pasaran Indonesia, tahun lalu. Difahamkan, pasaran Malaysia akan menerima padanan grafik hijau yang sama seperti mana negara jiran itu. 

Manakala warna hijau atau edisi KRT pula boleh dilihat pada Kawasaki ZX-25RR pasaran Indonesia dan Ninja ZX-25R di Thailand.

BEZA VERSI TOM YUM DAN BAKSO

Apakah perbezaan ZX-25R Thailand dan Indonesia?. Versi Tom Yam hanya ditawarkan menerusi satu varian iaitu Kawasaki ZX-25R dengan pilihan warna KRT.

ZX-25R Thailand didatangkan dengan enjin 249.8cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

Manakala versi Bakso memiliki lebih banyak pilihan menerusi varian ZX-25R STD diikuti ZX-25R ABS SE dan ZX-25RR.

Kemudian, ia dipadankan dengan enjin 249.8cc penyejukan cecair inline four yang mana menghasilkan kuasa 51hp @ 15,500 rpm dan tork maksimum 22.9Nm @ 14,500 rpm.

Apakah perbezaan ZX-25R dan ZX-25RR?, di Indonesia model itu menerima naiktaraf sistem suspensi eksklusif iaitu fork depan terbalik (USD) 37mm SFF-BP boleh laras prabeban dan top-out spring serta monoshock belakang Showa BFRC-Lite jenis boleh laras penuh.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here