Kuantan tawar jadi lokasi Himpunan RXZ tahun depan

955

Kuantan bakal menjadi lokasi Himpunan RXZ Member tahun depan selepas kerajaan negeri bersetuju menganjurkan himpunan tersebut yang menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal itu dari seluruh negara.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.



Menurutnya, ia bukti keprihatinan dan cakna menteri besar terhadap minat anak muda khususnya peminat Yamaha RX-Z dari seluruh negara termasuk di Pahang.

“Saya ingin mengumumkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan rasa berbesar hati menawarkan lokasi di Kuantan sebagai Himpunan RXZ Member, awal tahun depan,” katanya.

Fadzli berkata, satu perbincangan akan diadakan dan beliau memberitahu akan berhubung rapat dengan kelab-kelab permotoran di dalam mahu pun di luar negeri Pahang bagi membincangkan pengisian program sepanjang himpunan itu berlangsung nanti.

“Insya-ALLAH berbagai acara menarik akan dianjurkan sepanjang himpunan ini berlangsung.

“Saya percaya jika acara ini diuruskan dengan baik, ia akan menjadi acara yang terkemuka bukan sahaja di negara ini tetapi juga mendapat sambutan dari negara-negara luar,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here