Utama Berita Automotif Jalan Karak-Simpang Pelangai ditutup sementara selama tiga jam

Jalan Karak-Simpang Pelangai ditutup sementara selama tiga jam

186
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong memaklumkan penutupan sementara Jalan Karak-Simpang Pelangai di Bentong kepada semua kenderaan selama tiga jam bermula 8 pagi tadi.
 
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan penutupan tersebut bagi memberi laluan mengalihkan lori terbalik di bahu jalan.
 
 
“Penutupan melibatkan Jalan Persekutuan yang bermula dari simpang Balai Polis Karak sehingga simpang Jalan Manchis-Chemomoi, dengan tanda pandu selepas Balai Polis Telemong.
 
“Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dari Karak-Temerloh-Bandar Bera-Jalan Bukit Mendi-Simpang Pelangai,” menurut kenyataan itu.
 
Pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi papan tanda dan arahan disediakan serta boleh menghubungi talian 09-2223040 jika mempunyai pertanyaan.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here