PMX: Saya dicerca “hari ini menang, esok minyak turun”, ini jawapan mengapa minyak masih belum turun

750
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuatnaik satu video pendek di akaun Facebook rasmi miliknya berkaitan janji menurunkan harga minyak yang masih belum ditunaikan.
 
Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan mengetahui cercaan rakyat berkaitan ungkapan “hari ini menang, esok minyak turun.
 

“Saya sedar ramai yang menggunakan petikan ucapan saya berkenaan janji menurunkan harga minyak yang diungkapkan 15 tahun lalu, dan menuntut janji itu sekarang. Mengapa harga minyak ketika ini masih belum turun? Ini jawapan saya.
 
“Macam minyak sekarang saya dicerca di merata tempat.  Itu tahun 2008, masa itu harga minyak Arab Saudi 50 sen seliter, kita dalam RM1.80 dan RM1.60 seliter.

 
“”Pasal apa Arab Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat, kitapun kena turun la. Mengapa.. sekarang 2023, harga minyak Arab Saudi lebih tinggi daripada Malaysia.
 
“Nak turun macam mana lagi kita dah beri subsidi tinggi dalam RM30 hingga RM40 bilion. Arab Saudi ukuran kerana keluaran minyak dia berganda daripada kita,” katanya dalam rakaman video ucapannya pada majlis Ramah Mesra Madani.
 

Awal bulan lalu di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter mengambilkira perkembangan kadar semasa minyak mentah dunia.

Harga semasa petrol di Malaysia masih rendah iaitu RM2.05 seliter berbanding Arab Saudi pada harga RM2.84 seliter.



 

 

 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here