EPMB buka kilang pemasangan tempat duduk Proton

338

EP Manufacturing Berhad (EPMB), sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia mengumumkan pembukaan kilang pengeluaran tempat duduk bagi kenderaan Proton di Tanjung Malim.

Dengan nilai pelaburan lebih RM30 juta, kemudahan itu terletak 2.5km dari kilang Proton di Tanjung Malim yang mana dua pemegang saham utama Proton, DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) sedang membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pembukaan kilang ini adalah langkah kritikal dalam kerjasama EPMB dengan Proton yang telah berlangsung hampir empat dekad.

“Ini adalah kali pertama EPMB melibatkan diri dalam pengeluaran dan pemasangan tempat duduk, dan kami berasa berbesar hati kerana Proton memberi kami peluang ini,” katanya.

Kilang EPMB itu mempunyai kapasiti awal untuk mengeluarkan 150,000 set tempat duduk kereta setiap tahun bagi memenuhi keperluan Proton yang akan datang.

Projek itu melibatkan perkongsian teknikal antara EPMB dan pengeluar alat ganti kenderaan China, Zhejiang Jujin Automobile & Motor-cycle Accessories Co. Ltd. yang kini membekalkan tempat duduk kereta kepada Geely.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here