Perodua Myvi DMM 204 Speedster siap siaga berlumba SK1

316

Tahun lalu, Perodua Myvi generasi ketiga membuat kemunculan pertama dalam perlumbaan enduran Sepang 1000KM (S1K).

Untuk tahun ini, kereta lumba itu tampil dengan warna seragam dan pasukan lumba baharu. 



Warna badan putih Myvi S1K itu disematkan dengan warisan ikonik jenama menerusi kombinasi warna hijau dan merah pada bampar, skirting sisi dan belakang. 

Merupakan Perodua Myvi tunggal yang bersaing dalam S1K, tahun ini pasukan itu tampil dengan nama baharu iaitu DMM 204 Speedster.

DMM 204 Speedster akan menyahut cabaran perlumbaan ketahanan paling sukar di negara ini menerusi barisan pemandu baharu dan berpengalaman dengan misi yang sama iaitu membawa pulang keputusan terbaik.

Diketuai Datuk Dr. Zahari Husin, Faiz Sulaiman akan kekal di kerusi perlumbaan manakala Shafiq Rosli kini menyandang jawatan Pengarah Perlumbaan dan Fariqe Hairuman sebagai Pengarah Teknikal Perlumbaan.

Manakala Ashraff Dewal bakal berpasangan dengan Faiz yang mempunyai pengalaman memandu bertahun dalam perlumbaan termasuk beberapa dalam kereta GT. Pemandu terakhir adalah Aiman Haziq.

Tahun ini, DMM 204 Speedster disokong penaja utama iaitu DMM Performance serta Vort-X Malaysia, EXN, Wrap Autowerks, Raxer Wheels, Max Racing, AES, 4 Qul, Fawster, Recaro Malaysia, RnR Autosport, 204 Autoworks dan MS Racing.

S1K akan berlangsung 23 hingga 26 November ini. Di bawah ini, spesifikasi jentera DMM 204 Speedster.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here