Lenjan Mini Cooper pelanggan, pekerja ‘detailing’ langgar pokok

2119

Satu video tular dipercayai seorang pekerja ‘detailing’ melenjan Mini JCW pelanggan  sehingga terlibat dalam satu kemalangan.

Insiden itu dipercayai berlaku di Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada Selasa jam 3.10 petang.



Pada video rakaman kamera papan pemuka itu boleh dilihat pekerja lelaki itu memecut 90kmj dan cuba mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba membelok ke kanan.

Kemudian, kereta itu melanggar sebuah pokok di bahu jalan sehingga tumbang. Pekerja lelaki tersebut keluar dari kenderaan memeriksa bahagian depan sebelum mengundurkan kereta. 

Akibatnya, bahagian kiri bampar depan pecah dan fender flares tayar serta perumah lampu kiri tercabut. 

Rata-rata netizen ingin mengetahui reaksi pemilik selepas mendapati kenderaannya terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian pekerja. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here