Polis : Musim hujan, rider jangan berteduh di bahu jalan

222

Pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan sekiranya berdepan dengan cuaca buruk atau hujan lebat bagi mengelak  kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, rider digalakkan berhenti berteduh di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau stesen minyak berhampiran jika berdepan dua situasi tersebut.



“Ketika ini, Lebuhraya PLUS dilengkapi 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang iaitu 28 teduhan motosikal jenis berdiri dan 186 teduhan di bawah jambatan.

“Malah menurut Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959), tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong tambahan atau bahu jalan sebelah kiri yang ditentukan sebagai lorong kecemasan kecuali kes kecemasan sementara.

“Untuk itu, JSPT menggesa agar semua pengguna jalan raya untuk lebih peka dan prihatin kepada penunggang motosikal, selain bertindak secara lebih berhati-hati semasa memandu kenderaan semasa hujan,” katanya.

Justeru itu, Mohd Azman berkongsi tips selamat yang boleh dilakukan oleh rider ketika musim hujan ini: 

  • Kumpulan motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti di bahu jalan atau di bawah jambatan dengan tujuan berteduh semasa hujan. Ini sangat merbahaya, sebaliknya cari dan pilih lokasi jauh lebih selamat.
  • Bagi yang berhenti di bawah jambatan, pilih tempat selamat seperti berdiri di bahagian penghadang jalan untuk keselamatan diri.
  • Elak duduk di atas motosikal yang diletakkan hampir dengan jalan utama kerana terdedah kepada risiko kemalangan serta kecederaan.
  • Bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ketika hujan, rider dinasihatkan membawa baju hujan.
  • Digalakkan menggunakan baju hujan yang ada ‘reflektor’  agar mudah dilihat pengguna jalan raya lain.
  • Pastikan lampu sentiasa berfungsi bagi membolehkan pengguna jalan raya lain melihat keberadaan anda.
  • Penggunaan lampu isyarat juga penting untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan dan memberi laluan.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here