Polis cari saksi kes pecah, bakar pondok bayaran parkir

311

Polis menjalankan siasatan berhubung kes pecah dan bakar dua pondok bayaran parkir kenderaan di Dataran Rimba Square, Kuala Nerus pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, siasatan itu dijalankan susulan laporan dibuat oleh pengadu di Balai Polis Gong Badak pada Selasa.



“Pengadu membuat laporan kira-kira jam 9.15 pagi. Siasatan berhubung kes itu dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.

“Satu lagi laporan diterima bagi kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dan ia disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana memecahkan cermin dan mendatangkan bencana,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis telah merakam keterangan daripada pengadu dan sedang mengesan saksi kejadian.
 
“Pihak polis kini mengesan individu yang terlibat dalam kes tersebut dan siasatan berhubung kes itu masih diteruskan,” katanya.
 

Dalam pada itu, Abdul Rahim menasihati orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

Pondok parkir sebelum dibakar

Katanya, mereka yang didapati melanggar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam berdepan tindakan tegas.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan pondok bayaran parkir kenderaan yang diselia oleh sebuah syarikat swasta yang mendapat tender di bawah Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dirosakkan dengan cara dibakar dan dipecahkan dalam kejadian berasingan.

Kedua-dua pondok bayaran parkir kenderaan itu dirosakkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam pada 4 dan 5 Disember lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here