MB Perak : Pembinaan lebuhraya WISE sejauh 60km (Gopeng ke Kuala Kangsar) diluluskan

3234

Kerajaan meluluskan cadangan pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60km.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kelulusan itu dipersetujui Kabinet pada Rabu dan akan dibangunkan bersama syarikat konsesi secara inisiatif kewangan swasta (PFI).



“Projek ini dilakukan secara PFI tanpa menggunakan duit kerajaan.

“Saya difahamkan, cadangan laluan itu telahpun disiapkan dan saya dah pun minta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mempermudahkan segala urusan bagi mempercepatkan pembinaannya,” katanya.

Pembinaan WISE akan menjadi pelengkap kepada jajaran lebuhraya di Perak yang sering berdepan kesesakan yang teruk terutama laluan berhampiran Terowong Menora.

Buat masa ini, pengguna tiada pilihan laluan alternatif, melainkan terpaksa menggunakan jalan lama antara Sungai Siput dan Chemor.

“Kalau tersangkut akibat kemalangan di terowong atau di bawah sana (jalan biasa), orang tidak ada pilihan.

“Tetapi dengan adanya WISE, mereka boleh ambil laluan dari Kuala Kangsar terus ke Gopeng atau yang dari utara keluar Changkat Jering dan ambil laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE),” katanya.

Tahun lalu, kerajaan negeri meluluskan cadangan membina jalan pintas itu kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) selain sebagai usaha mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa.

Pelaksanaan projek tersebut akan mellibatkan kajian berhubung alam sekitar, impak sosial dan kajian trafik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here