PDRM siasat bas ‘Polis KL’ buat pusingan ‘U’ haram hingga langgar Wira

271

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan video tular yang menunjukkan sebuah bas milik PDRM membuat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan sehingga terlanggar sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihak berkuasa mengesan satu video di akaun TikTok @deafebianschannell pada 12 Disember.

“Bas tertera Polis Kuala Lumpur itu membuat pusingan U di lampu isyarat di Taman Greenwood Jalan Batu Caves, Selangor dan melanggar sebuah Proton Wira berwarna putih ketika mengundur.



“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada 6 Disember pada jam 2.30 petang berhampiran Shell GreenWood,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, bas tersebut dalam perjalanan dari arah Batu Caves menghala ke Kuala Lumpur.

“Pengguna TikTok @deafebianschannell dan pemandu Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan diminta tampil membantu siasatan dan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan (019-6026596),” katanya. 

Kes disiasat mengikut  Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

@deafebianschannel1

#MDHVIRALCHANNEL #PolisTunjukContohTidakBaik #DFC

♬ bunyi asal – DFC – DFC

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here