Treler bawa tujuh kereta modifikasi terbakar di Kulai, tak sempat sertai pameran

607

Sebuah treler yang membawa tujuh buah kereta pelbagai jenis terbakar dalam kejadian di KM38.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Kulai, awal pagi semalam. 

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi.



Sebanyak dua buah FRT dan dua jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau dengan kekuatan 25 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris berkata sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan treler bermuatan tujuh buah kenderaan.

“Kereta yang terbakar lima buah Honda dan sebuah Toyota Yaris dan Proton Saga.

“Kebakaran memusnahkan lebih kurang 70 peratus dari semua kenderaan. Pemadaman menggunakan empat aliran salur bantu mula sehingga selesai,” katanya.

Bagaimanapun, insiden kebakaran itu tidak melibatkan nyawa dan operasi ditamatkan pada jam 6.55 pagi. 

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here