Ibu tertinggal anak dalam kereta 7-jam hingga maut, didakwa esok

409

Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut setelah ditinggalkan lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara, 9 November lalu akan didakwa esok. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk kes ini.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada jam 9 pagi esok (Jumaat),” katanya.



Pada 9 November lalu, mangsa berumur dua tahun itu maut setelah ditinggalkan ibunya lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara dekat sini.

Siasatan dijalankan mendapati kira-kira jam 7 pagi, suspek turut membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.

Bagaimanapun ketika suspek tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa.

Suspek kemudiannya terus bergerak pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa berada dalam kenderaan yang dipandunya itu.

Suspek hanya menyedari mangsa berada dalam kereta kira-kira jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here