Dua maut tercampak dalam longkang

307
Dua lelaki ditemukan maut tercampak keluar dari kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, Klang, pagi tadi.
 
Kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry, dinaiki tujuh mangsa.
 
 
Bertindak atas maklumat, Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera bagi menjalankan operasi penyelamatan.
 
Komander Operasi, PBK II Rafizi Taib melaporkan dua lelaki dewasa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
“Manakala, lima mangsa yang lain iaitu dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi dan dua lelaki dewasa turut mengalami kecederaan. Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
 
Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here