Masalah sensor beg udara : Toyota panggil balik 1.12 juta kenderaan seluruh dunia

824

Toyota Motor memanggil balik 1.12 juta kenderaan seluruh dunia susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kempen panggil balik itu mengesan lintas pintas dalam sensor yang boleh menyebabkan beg udara tidak berfungsi seperti yang direka. 



Isu tersebut melibatkan kenderaan keluaran tahun 2020 hingga 2022 yang boleh mengakibatkan sensor Sistem Pengkelasan Penumpang (OCS) tidak berfungsi. Ia termasuk 1 juta kenderaan di Amerika Syarikat :

Toyota

  • Avalon, Avalon Hybrid (2020-2021)
  • Camry, Camry Hybrid (2020-2021)
  • Corolla (2020-2021)
  • Highlander, Highlander Hybrid (2020-2021)
  • RAV4, RAV4 Hybrid (2020-2021)
  • Sienna Hybrid (2021)

Lexus

  • ES250 (2021)
  • ES300H (2020-2022)
  • ES350 (2020-2021)
  • RX350 (2020-2021)
  • RX450H (2020-2021)

Sensor berkenaan memastikan beg udara tidak meletup sekiranya kanak-kanak atau individu dewasa duduk di kerusi depan.

Pihak pengedar akan melakukan pemeriksaan dan sekiranya perlu akan menggantikan sensor tersebut. Toyota Motor akan menghubungi pemilik bermula Februari.

Toyota pada Julai tahun lalu memanggil balik 3,500 unit RAV4 di Amerika Syarikat susulan penemuan isu keselamatan komponen dalaman yang menyebabkan sensor OCS tersalah mengenalpasti penumpang.

Beg udara depan menyelamatkan lebih 50,000 nyawa di Amerika lebih daripada 30 tahun, kata Pengurusan Keselamatan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan.

Susulan itu penggantian sensor baharu adalah diperlukan kerana beg udara lama beroperasi dengan cara yang sama bagi pemandu dan penumpang. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here