Honda Malaysia lancar City Facelift (2023), harga mula RM84,900

625

Honda Malaysia rasmi memperkenalkan sedan segmen-B, City facelift ke pasaran tempatan  menerusi 5-pilihan varian:

  • e:HEV RS: RM111,900 
  • RS: RM99,900
  • V: RM94,900
  • E: RM89,900
  • S : RM84,900

Ini bermakna model V-Sensing digugurkan dalam senarai City Facelift. Menerusi pengenalan model naiktaraf berkenaan, Honda Malaysia menyasarkan jualan City sebanyak 2,400 unit sebulan. 



Versi naiktaraf berkenaan kini lebih panjang 4,580mm (+27mm) berbanding sebelumnya manakala lebar (1,748mm) dan tinggi (1,467mm) masih kekal sama. Sementara, panjang varian RS meningkat 36mm menjadi 4,589mm. 

Selain itu, kesemua varian City Facelift kini didatangkan dengan perlengkapan Honda Sensing dan 6-beg udara.

Varian RS kini menampilkan gril depan honeycomb, gril depan lebih rendah, diffuser belakang, skirting sisi dan lencana RS baharu. 

Manakala varian selain daripada RS hanya menerima gril biasa di samping pembaharuan  bampar depan dan belakang serta rekaan baharu rim 16-inci. 

Selain itu, varian V,E,S kini ditawarkan dengan skrin TFT 4.2-inci berbanding sebelumnya meter kluster analog dan digital. Varian E kini didatangkan dengan lapan pembesar suara berbanding sebelumnya hanya empat.

Kedua-dua varian RS dan e:HEV RS kini dilengkapi dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Selain varian S, kesemua varian menerima antara muka paparan audio, paparan kamera belakang multi sudut dan port USB belakang baharu (Type C).

Berikut ciri keselamatan yang ditawarkan pada Honda Sensing:

  • Low Speed Follow (LSF) – e:HEV RS 
  • Lead Car Departure Notification (LCDN) 
  • Kawalan Kruise Adaptif (ACC)
  • Amaran Pelanggaran Depan (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lampu tinggi automatik (AHB)

Selain itu, Honda Malaysia menawarkan pakej harga istimewa RM1,500 sehingga Januari 2024 bagi penambahan ciri Honda Connect. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here