Toyota Corolla ‘terbang’ ke bumbung rumah

382

Bagaikan di dalam filem aksi, apabila sebuah kereta meluncur laju di udara sebelum mendarat masuk ke bilik tidur di tingkat atas sebuah rumah di Pennsylvania, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, sedikit bahagian kereta itu terjuntai di bahagian luar rumah. New York Post melaporkan Polis Negeri Pennsylvania berkata, penyiasatnya percaya nahas itu bukan kemalangan.



Anggota tentera memberitahu stesen tempatan bahawa siasatan mendapati nahas itu adalah perbuatan yang disengajakan.

Pemandu yang keluar dari kenderaan itu sudah dibawa ke hospital, lapor stesen gabungan ABC tempatan WHTM. Tiada sesiapa di dalam rumah yang dirempuh ‘kereta terbang’ itu, cedera.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba Junction menerima laporan kejadian 3.15 petang di Jalan Alfawrata di Perbandaran Decatur, yang membabitkan sebuah Toyota Corolla tersangkut di atas bumbung.

Bomba berkongsi gambar kemalangan yang sukar dipercayai itu termasuk lubang besar akibat rempuhan kuat oleh kereta berkenaan.

Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati Toyota Corolla yang mempunyai plat Pennsylvania, di atas bumbung.

Dalam imej dikongsikan, bahagian depan kereta itu bengkok, selain serpihan kayu besar bersepah di atas bumbung.

Kayu patah dan bahan binaan lain menutupi lantai, di mana pengisar injakan (treadmill) lama masih ada, manakala katil terbalik di sisinya.

Satu lubang besar di atas rumah jelas kelihatan apabila kereta itu dialihkan. Kru kecemasan kemudian menstabilkan bangunan itu supaya ia tidak runtuh lebih teruk.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here