Volkswagen Golf R ‘made in Pekan’ rasmi lancar, harga mula RM330k

272

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf R pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM330,000 hingga RM350,000.

R-Rated Golf R dilancarkan bersama R Performance Package sebagai standard yang merangkumi ekzos titanium Akrapovic, mod Drift dan Special, spoiler belakang baharu dan rim aloi Estoril bersaiz 19-inci.



Ekzos Akrapovic kini lebih ringan 7kg. Selain itu, tawaran mod pemanduan Drift dan Special boleh diakses menggunakan butang R yang diletakkan pada stereng.

Ciri-ciri tambahan baharu lain ialah Heads-Up Display (HUD), pengecasan telefon pintar tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik. 

Golf R dijana oleh enjin 2.0TSI turbo yang mampu menghasilkan kuasa 320PS dan tork 400Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan bersama sistem pacuan semua roda 4MOTION.

Pecutan dari 0 hingga 100kmj mampu dicapai dalam tempoh 4.8 saat. Selain itu, Golf R turut dilengkapi dengan teknologi IQ.DRIVE yang terdiri daripada rangkaian ciri seperti Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Emergency Assist.

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev menyatakan Malaysia menjadi negara pertama selain daripada Jerman yang melakukan CKD Golf R.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here