Tiga penyeludup lari lintang-pukang tinggalkan 70,000 liter diesel subsidi

163

Tiga lelaki disyaki penyeludup lari lintang-pukang selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan polis ketika memindahkan diesel bersubsidi di Taman Impian Emas, semalam.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo dipetik Sinar Harian berkata, semua lelaki itu memanjat pagar dan melarikan diri ke dalam kawasan belukar selepas premis terbabit diserbu 14 penguat kuasa KPDN Johor Bahru dan polis pada jam 1.15 petang.

Katanya, operasi itu adalah serbuan tanpa tuan kerana tiada tangkapan dan ketika serbuan mendapati beberapa lelaki sedang melakukan kerja-kerja pemindahan diesel dari tangki besar ke lori tangki, tetapi berjaya melarikan diri.



“Siasatan mendapati premis ini dijadikan stor untuk pengumpulan diesel bersubsidi sebelum dibawa ke destinasi yang ditetapkan pelanggan.

“Pihaknya merampas 70,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM150,500 dan percaya sindiket itu mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila menjual bahan bakar bersubsidi itu dalam pasaran gelap, ,” katanya pada sidang akhbar di premis itu, semalam.

Menurutnya, pihak KPDN Johor juga menyita dua lori tangki, dua tangki besar, empat tangki kecil selain peralatan digunakan untuk memindahkan bahan bakar terbabit

Katanya, nilai rampasan diesel dan semua barangan yang disita itu bernilai RM350,000 dan merupakan antara rampasan terbesar dalam tahun ini.

“Kita percaya modus operandi sindiket ini sama seperti yang dilakukan sindiket lain iaitu menggunakan lori kecil, van dan kereta persendirian dengan membeli diesel di stesen minyak sebelum membawanya ke stor ini.

“Sindiket jadikan stor ini sebagai transit dengan mengisi diesel ke dalam tangki sedia ada sebelum disedut masuk dalam lori tangki dan dibawa kepada pelanggan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan dan risikan mendapati sindiket tersebut dipercayai sudah beroperasi lebih enam bulan lalu.

Katanya, pihaknya akan menyiasat siapa pemilik tanah stor ini dan pendaftaran lori berkenaan bagi mengetahui pemiliknya dan kes itu disiasat bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here