Inilah rekaan pusat pameran Proton e.MAS, hanya jual EV sahaja

281

PROTON memperkenalkan nama jenama Sub Brand untuk kenderaan elektrik (EV) iaitu Proton e.MAS. 

Nama akronim itu bermaksud “Electrifying Malaysia”, menggabungkan simbol ‘e’ yang merujuk kepada EV, sementara singkatan MAS merujuk kepada Malaysia.



Nama itu dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton dengan jumlah penyertaan mencecah  25,432 yang berlangsung bermula 20 Mei sehingga 5 Jun lalu.

Untuk mengaitkan jenama e.MAS kepada PROTON, logo yang digunakan menampilkan paparan kepala harimau ‘tidak berkurung’ secara reka bentuk 2D yang selaras dengan aliran reka bentuk semasa untuk jenama EV yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan kurang rumit.

Ia juga mengikatkan jenama baharu itu kepada logo PROTON yang menggunakan paparan yang sama tetapi pada format 3D untuk melambangkan syarikat bergerak ke hadapan ke arah kejayaan.

Selain itu, PROTON melantik 17 pengedar pertama EV Proton seluruh Malaysia serta pertontonkan rekaan pusat pameran PROTON e.MAS yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pusat pameran itu hadir dengan warna yang berbeza dengan rekaan jualan PROTON yang menggunakan enjin pembakaran konvensional. Pusat pameran Proton e.MAS menggunakan warna yang cerah.

Model pertama PROTON e.MAS dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here