Turkiye kenakan tarif import 40% ke atas semua kereta buatan China

289

Turkiye mengumumkan langkah untuk meningkatkan duti sebanyak 40 peratus ke atas import automotif dari negara China yang bakal dilaksanakan bulan depan.

Menurut kementerian perdagangan Turkiye, langkah tersebut dibuat bagi mengimbangi tahap kewangan negara selain bertindak sebagai satu perlindungan kepada industri tempatan.

Langkah tersebut dilihat menyamai apa yang dilaksanakan di Amerika Syarikat, di mana negara itu mengumumkan peningkatan duti import ke atas EV China dari 25 peratus kepada 100 peratus.



Duti baharu itu menyasarkan kereta kos rendah yang dibawa masuk dari China dengan mengenakan tarif minimum $7,000 (RM33,012) untuk setiap kenderaan.

Misalnya, sekiranya duti 40 peratus yang dikira kurang daripada nilai $7,000, duti minimum sebanyak $7,000 akan dikenakan.

 

 

Tarif tambahan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun 2023 lagi sebagai satu cara untuk mempromosikan EV pertama buatan negara itu, TOGG T10X.

Ia akan diperluaskan kepada model-model kenderaan lain yang dibawa masuk dari negara China termasuklah kereta hibrid dan kenderaan enjin tulen.

Ini merupakan satu tamparan baharu buat China yang sebelum ini turut terkesan dengan peningkatan tarif di beberapa buah negara yang bimbang lambakan kenderaan yang boleh merosakkan industri tempatan dan menjejaskan persaingan.

Menurut laporan, tarif import terbaharu itu akan dilaksanakan bermula 7 Julai ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here