BYD rasmi buka kilang EV di Thailand, pertama di Asia Tenggara

60

Pengeluar automotif China BYD telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik yang pertama di Thailand sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan kedudukan di pasaran Asia Tenggara.

Kilang EV yang terletak di Rayong, selatan Bangkok itu siap dalam tempoh 16 bulan, dan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 150,000 unit setahun.

Selain menghasilkan kenderaan, fasiliti itu turut digunakan untuk memasang bateri dan transmisi.



Thailand menyasarkan 30 peratus daripada kenderaan yang diproduksikan dalam negara itu terdiri daripada EV menjelang 2030.

Buat masa ini, satu daripada tiga EV yang dijual di Thailand terdiri daripada model keluaran BYD, walaupun kebanyakan kenderaan di atas jalan negara itu masih lagi dikuasakan oleh petrol dan diesel.

Menurut BYD, kilang baharu ini dijangka mampu mencipta 10,000 peluang pekerjaan baharu.

Selain Thailand dan China, BYD juga turut membina kilang pengeluaran di Brazil, Hungary dan Uzbekistan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here