Masalah teknikal, pesawat MH156 bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas

499

Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.

Difahamkan penerbangan tersebut membawa 259 jemaah daripada bawah dua agensi untuk melakukan ibadah umrah.



Seorang penumpang mendakwa, kapal terbang tersebut mengalami gegaran sewaktu berlepas, dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pemerhatian melalui laman web Flightradar mendapati, pesawat tersebut berlepas dari KLIA kira-kira jam 2.50 petang Ahad, dan terbang pada ketinggian 10,000 kaki sebelum dilihat berlegar-legar berhampiran Pulau Tengah.

Pesawat tersebut kemudian mula turun ke paras 6,000 kaki pada jam 4.15 petang, sebelum melakukan beberapa lagi pusingan dan akhirnya selamat mendarat kira-kira jam 5 petang.

Kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan yang selamat.

Menurut Astro Awani, pesawat berkenaan dilaporkan terpaksa berpatah balik susulan masalah teknikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here