Pesawat Boeing 737 terbakar dan terbabas di landasan Dakar

407

Sebuah pesawat Boeing 737-300 yang membawa 85 penumpang terbakar dan terbabas dari landasan lapangan terbang utama Senegal, berhampiran ibu kota Dakar.

Seramai 10 penumpang cedera dalam nahas itu termasuk juruterbang, kata Menteri Pengangkutan negara itu pada Khamis. 



Kesemua penumpang dipindahkan dari pesawat yang terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Blaise Diagne dan ada yang menyatakan situasi menjadi panik apabila penumpang bergegas menyelamatkan diri. 

Menerusi rakaman yang dikongsi, penumpang melompat ke bawah gelongsor kecemasan pada waktu malam manakala api menyambar sebelah pesawat dengan jeritan panik mangsa terlibat. 

Ibrahim Diallo, 20, warga Mali menyatakan pesawat itu cuba berlepas awal malam itu tetapi gagal.

“Juruterbang memberitahu kami semuanya terkawal dan kami akan cuba berlepas semula. Kali kedua, asap mula keluar dari salah satu sayap,” jelasnya. 

Ketika nahas berlaku, penerbangan Air Senegal milik syarikat TransAir itu menuju ke Bamako, di negara jiran Mali dengan 79 penumpang, dua juruterbang dan empat kru kabin. Lapangan terbang itu terletak kira-kira 50km dari Dakar.

Buat masa ini, punca kejadian masih belum diketahui dan mangsa yang cedera telah mendapat rawatan di hospital dan penumpang lain di bawa ke hotel.

INSIDEN MELIBATKAN 737

Ia merupakan insiden ketiga yang melibatkan pesawat Boeing minggu ini. Pada Khamis, 190 orang yang selamat dipindahkan dari sebuah pesawat di Turki selepas salah satu tayarnya pecah ketika mendarat. 

Boeing berada di bawah tekanan hebat sejak palam pintu terputus dari Boeing 737 Max semasa penerbangan Alaska Airlines pada Januari, meninggalkan lubang dalam pesawat.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan pada Februari memberi Boeing 90 hari untuk membuat rancangan menyelesaikan masalah kualiti dan memenuhi piawaian keselamatan selepas kemalangan itu.

Insiden itu telah meningkatkan penelitian Boeing ke tahap tertinggi sejak dua nahas jet Boeing 737 Max pada 2018 dan 2019 yang mengorbankan 346 orang.

Kira-kira 12 saudara penumpang yang maut dalam nahas kedua telah mendesak kerajaan Amerika untuk membawa semula pertuduhan penipuan jenayah terhadap syarikat itu yang melanggar syarat penyelesaian 2021.

Pada bulan April, seorang pemberi maklumat Boeing, Sam Salehpour, memberi keterangan pada pendengaran kongres bahawa syarikat itu mengambil jalan pintas pembuatan untuk pengenalan 787 secepat mungkin yang boleh menyebabkan pesawat jet pecah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here