Utama Berita Automotif Tanda mendapan tanah, Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara

Tanda mendapan tanah, Jalan Bandar Rawang 2 ditutup sementara

143
Jalan Bandar Rawang 2 bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Rawang ditutup sementara selepas menunjukkan tanda-tanda berlaku mendapan tanah.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, langkah keselamatan itu diambil bagi membolehkan pemeriksaan dapat dijalankan agensi berkaitan.
 
Kejadian sama pernah dilaporkan berlaku awal tahun ini sebelum masalah seumpama itu dikesan berulang baru-baru ini.
 
“Kemungkinan di bawah jalan tersebut terdapat longkang besar yang strukturnya perlu melalui proses pembaikan.
 
“MPS telah menutup sementara jalan tersebut bagi tujuan siasatan sebelum tindakan lanjut dilakukan,” katanya.
 
Beliau berkata, tempoh penutupan jalan itu bergantung keputusan pemeriksaan keselamatan di lokasi.
 
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan mematuhi arahan keselamatan ditetapkan sepanjang tempoh penutupan tersebut.
 
“Langkah yang diambil adalah demi menjaga keselamatan pengguna dan mengelak insiden tidak diingini berlaku, “ katanya.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here