Gara-gara gaduh parkir, lelaki terima 35 jahitan di kepala

117

Seorang lelaki menerima 35 jahitan di kepala dan tangan sebelah kiri akibat dipukul dan ditetak dalam satu perselisihan faham di kawasan parkir Blok C Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 7.24 petang semalam berkenaan insiden anak saudaranya dipukul dan ditetak di bahagian kepala oleh seorang lelaki.

Beliau berkata polis kemudian menahan seorang suspek lelaki berusia 27 tahun yang bekerja di Pasar Borong Selayang dengan bantuan orang awam di tempat kejadian manakala pemuda berumur 24 tahun yang ditetak kini dirawat di Hospital Selayang dan berada dalam keadaan stabil.



“Turut dirampas ketika tangkapan ialah sebilah pisau pemotong, sebuah Perodua Myvi dan beberapa kunci.

“Suspek direman lima hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah sehingga mendatangkan kecacatan kekal,” katanya.

Terdahulu tular beberapa klip video memaparkan pergelutan dan pergaduhan melibatkan dua individu terbabit sambil dileraikan oleh orang awam dipercayai berkaitan isu parkir berlapis. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here