Ducati Hypermotad 698 Mono: Kecil tapi padu! Harga RM70,900

140

Ducati Malaysia akhirnya melancarkan jentera enjin silinder tunggal menerusi Ducati Hypermotard 698 Mono untuk pasaran tempatan.

Selepas 30 tahun, ini motosikal enjin silinder tunggal yang dihasilkan oleh Ducati untuk dipadankan pada model Hypermotard.

Enjin itu sebenarnya diterbitkan daripada model Panigale 1299, namun kapasitinya dibahagikan kepada dua. 



Ducati Hypermotard 698 Mono menggunakan enjin baharu Superquadro Mono berkapasiti 659 cc, dengan teknologi injap Desmodromic dan injap intake titanium.

Ia menyalurkan kuasa maksimum 77.5 hp pada 9,750 rpm dengan tork setinggi 64 Nm pada 8,000 rpm. Transmisi adalah unit enam kelajuan dengan klac jenis slipper.

Hypermotard 698 Mono itu dilengkapi dengan rim aluminium 17 inci, yang dipegang oleh suspensi yang terdiri daripada fork USD Marzocchi 45 mm, manakala monoshock Sachs yang masing-masing boleh dilaraskan sepenuhnya.

Ducati Hypermotard 698 Mono Standard

Jentera yang memiliki berat 151 kg tanpa bahan api itu turut didatangkan cakera brek 330 mm dengan angkup Brembo M4.32 empat piston di hadapan, manakala belakang cakera brek 245 mm dengan angkup piston tunggal.

Tangki bahan api Hypermotard 698 Mono mempunyai kapasiti 12 liter, selain mempunyai teknologi yang diambil daripada model Ducati yang lebih tinggi membabitkan Cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Engine Brake Control (EBC) dan Ducati Power Launch (DPL).

Buat pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan dua varian iaitu standard dan RVE. Apa yang berbeza dengan RVE, ia mempunyai corak grafik pada badan yang lebih menarik.  Pada tempat duduk juga, ia dilengkapi balutan kulit yang mempunyai kemasan merah.

Dari segi mekanikal, ia tidak mempunyai sebarang perubahan tetapi varian RVE dilengkapi dengan ciri quickshifter yang boleh digunakan untuk naik dan turun gear.

Dari segi harganya pula, varian standard dijual bermula RM70,900, manakala RM77,900 untuk RVE.

Ducati Hypermotard 698 Mono RVE

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here