Individu terkaya Asia, Mukesh Ambani beli pesawat termahal dunia, Boeing BBJ 737 Max 9

981

Billionaire India, Mukesh Ambani yang merupakan individu terkaya di Asia menambah satu lagi aset jet penerbangan, Boeing BBJ (Boeing Business Jet) 737 Max 9. Ketibaan pesawat itu menjadikan ia yang pertama seumpamanya di India.

Jet perniagaan jarak jauh ultra tersebut merupakan yang termahal di dunia. Harga jualannya dianggarkan bermula daripada USD 118.5 juta (RM492 juta), tidak termasuk pemilihan kustom kabin dan naik taraf lainnya.

Mukesh Ambani

Selepas melengkapkan keseluruhan pengubahsuaian dan ujian penerbangan yang diperlukan, pesawat itu menuju ke Delhi, India pada 27 Ogos lalu.



Pesawat terbaharu Ambani itu didaftarkan semula sebagai Penerbangan Awam India menggunakan kod baharu, VT-AVK.

Ia dibawa ke EuroAirport Basel-Mulhouse-Freiburg (BSL), Switzerland tahun lalu pada April untuk naik taraf kabin dan pengubahsuaian kokpit. Bagaimanapun, tiada gambar kabin didedahkan.

Selalunya rekaan kokpit melibatkan ruang tamu yang luas, bilik peribadi dan bilik mandi VIP.

Luaran pesawat baharu Ambani itu menampilkan warna seragam istimewa yang menggabungkan putih bersama biru laut dan emas. Logo konglomerat billionair India, Reliance Industries disematkan pada bahagian ekor.

Boeing 737 Max 9 milik Ambani itu diparkir di apron penyelenggaraan berhampiran terminal kargo Lapangan Terbang Delhi.

Walaupun butiran penerbangan masa depan masih belum didedahkan, sumber industri membuat spekulasi bahawa jet itu akan segera diterbangkan ke Mumbai yang menjadi lokasi ibu pejabat Reliance.

BOEING 737 MAX 9

Boeing 737 Max 9 ialah ahli terbesar keluarga BBJ Max dengan keluasan lantai kabin 1,120 kaki persegi. Pesawat Ambani itu dikuasakan dua enjin CFMI LEAP-1B dengan keupayaan penerbangan 11,770km dan saiz tangki minyak 1,299 liter.

Menurut Simple Flying, kos penerbangan setahun bagi sebuah BBC Max bagi 400 jam penerbangan dianggarkan sekitar USD 2.3 juta (RM9.8) bagi bahan api dan penyelenggaraan sekitar USD 383,200 (RM1.6 juta).

Kos lain antaranya krew, hangar, insurans, overhaul enjin, pengurusan jet dan lain-lain dengan kos tahunan dianggarkan melebihi USD 4 juta (RM17 juta).

Reliance Industries kini memiliki armada 10 jet peribadi termasuk Airbus A319 ACJ yang berkhidmat selama lebih 18 tahun dan dua Bombardier Global 5000.

Selain itu, billionaire India itu turut memiliki Bombardier Global 6000, dua Dassault Falcon 900 dan Embraer ERJ-135 yang telah berkhidmat selama lebih 16 tahun. Beliau juga memiliki dua helikopter iaitu Dauphin dan Sikorsky S76 yang digunakan untuk perjalanan jarak dekat, terutamanya pejabat dan tapak projek. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Automobili Ardent India (@automobiliardent)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here