Aveta lancar dua varian VTM 250, harga bermula RM12,988 

156

Aveta Global Marketing Sdn Bhd, pengeluar, pemasang, dan pengedar motosikal jenama Aveta, melancarkan model dwi-kegunaan VTM 250, sebagai tambahan terbaru dalam rangkaian motosikal adventure mereka.

VTM 250 didatangkan dalam dua varian membabitkan LX dan M, setiap satunya direka untuk memenuhi keperluan pembeli yang berbeza. 



Varian LX: Tersedia pada hujung bulan Oktober, direka khas untuk peminat enduro yang bersedia untuk meneroka pelbagai jenis permukaan dan laluan mencabar. 

Varian M: Memasuki pasaran pada Disember ini, adalah pilihan komuter harian yang bergaya, menyeronokkan, dan praktikal. Sebuah model yang mampu milik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman supermoto.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan enjin yang sama, iaitu silinder tunggal, 250cc SOHC dengan sistem penyejukan minyak dan transmisi manual 6-kelajuan. 

Perbezaan utama adalah jarak ketinggian tanah dan saiz roda. LX memiliki jarak kelegaan bumi lebih tinggi iaitu 305 mm, dengan rim depan 21-inci dan rim belakang 18 inci, manakala varian M pula menawarkan jarak ketinggian tanah 290 mm dengan rim aluminium 17 inci.

Rim aluminium untuk varian M bukan hanya meningkatkan daya ketahanan tetapi juga mengurangkan berat keseluruhan motosikal, menambah baik ketangkasan dan pengendalian untuk tunggangan di jalan raya.

Sebagai tambahan, skim warna juga berbeza, LX ditawarkan dengan pilihan Arsenal Red atau Army Green, dan M hadir dengan pilihan Blazing Red atau Admiral Blue.

Ini harga mengikut varian bermula: 

  • VTM 250 LX: RM12,988 
  • VTM 250 M: RM13,388

Kedua-dua varian itu didatangkan dengan jaminan satu tahun atau 10,000km, yang mana tiba dulu.

Untuk menggalakkan pembelian lebih awal dan menambah rasa eksklusif, kini Aveta sedang menawarkan set eksklusif Pembelian dengan Hadiah (GWP) untuk 50 pelanggan pertama setiap varian VTM 250 (LX dan M).

Spesifikasi:

  • Enjin: Sejukan minyak, 4-Lejang, selinder tunggal, SOHC, dilengkapi Balancer Shaft
  • Sesaran: 250cc
  • Kuasa maksimum: 18.8hp pada 8,500rpm
  • Tork maksimum: 18Nm pada 6,500rpm
  • Transmisi: 6 kelajuan manual
  • Tangki minyak: 8 liter
  • Berat: 125kg

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here