Kes dadah, polis ugut polis ketika ditahan

712

Padah melakukan ugutan ketika ditahan akibat kes dadah, seorang lelaki diberkas dipercayai mengugut dua anggota polis lain di sebuah balai polis dekat Subang Jaya pada Isnin.

Suspek merupakan anggota polis yang bertugas di Shah Alam sebelum itu ditahan berkaitan kes jenayah sebelum dibawa ke balai polis berkenaan.

Mohd Shuhaily

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.



“Tiada sesiapa termasuk anggota polis boleh melebihi undang-undang yang ditetapkan, siasatan kes masih dijalankan sehingga kini,” katanya.

Pada Isnin, suspek dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap dua anggota polis di Subang Jaya kira-kira jam 5.50 pagi.

Suspek sebelum ini ditahan akibat kes Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here