Utama Berita Automotif Bekas ketua operasi GLC direman, subkontrak pengangkutan pada syarikat suami

Bekas ketua operasi GLC direman, subkontrak pengangkutan pada syarikat suami

229
Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
 
Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
 
Semalam, wanita itu ditahan pada 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor
 
Menurut sumber SPRM, kesalahan tersebut dilakukan pada 2022 dengan wanita berkenaan melantik syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here