Chery Malaysia jual 4,500 unit kenderaan tahun lalu

123

Chery Auto Malaysia menjual lebih daripada 4,500 unit kenderaan tahun lalu menerusi tawaran dua produk Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro. Dua model tersebut diperkenalkan ke pasaran Malaysia pertengahan 2023.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata penghantaran SUV tersebut kepada pelanggan bermula pada bulan September.



“Chery juga menjalankan survei kepuasan jualan lebih daripada 1,000 pelanggan dan menerima skor 94 daripada 100.

“Keutamaan kami adalah penyelesaian isu pelanggan yang mana ia akan diteruskan sehingga 2024,” jelasnya.

Justeru itu, pengeluar kenderaan China tersebut mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan dengan sasaran pembukaan 48 pusat jualan menjelang akhir 2024.

Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia, Soon Boon Ping berkata kini Chery memiliki 32 cawangan beroperasi seluruh Malaysia dengan 550 kakitangan.

“Menjelang akhir 2024, kami berharap mempunyai sekurang-kurangnya 48 cawangan yang beroperasi dan itu juga akan menyumbang kepada peningkatan 70 peratus dalam pusat 3S dan 4S.

“Ini bagi meningkatkan kebolehcapaian untuk pelanggan dan seterusnya mewujudkan kehadiran Chery merentasi pelbagai wilayah di seluruh negeri,” ujarnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here