Yamaha Tenere 700 CKD, harga bermula RM69,988

302

Akhirnya, jentera adventure Yamaha Tenere 700 versi pemasangan tempatan dilancarkan secara rasminya di Malaysia.

Untuk pasaran tempatan, hanya pilihan warna sahaja yang ditawarkan iaitu Icon Blue. Yamaha Tenere 700 dijual bermula RM69,988 tidak termasuk insurans.

Jentera itu dipasang di kilang Hong Leong Yamaha Motor, Sungai Buloh, yang mana ia adalah versi terbaru. Ia dilengkapi skrin TFT-LCD lima inci dengan mempunyai dua tema grafik.



Ia menggunakan dua silinder selari DOHC 689 cc dengan padanan transmisi enam kelajuan. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 73.4 PS dan tork mencecah 67 Nm dengan tangki bahan api berkapasiti 16 liter.

Istimewanya dengan model itu, ia mempunyai pilihan mod iaitu On/Off ABS. 

Bagi pengemar off-road, ini jentera yang dicarikan selepas menggunakn rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, serta suspensi boleh laras yang terdiri daripada fork USD 43 mm. 

Bagi pembeli yang terawal, pemiliknya berpeluang menerima kunci keselamatan brek cakera. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here