Yamaha TMAX TECH MAX 2024 warna baharu, harga masih sama!

309

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd melancarkan dua warna baharu untuk Yamaha TMAX TECH MAX iaitu Dark Magma dan Tech Black.

Jentera itu akan berada di pengedar Yamaha bermula 12 Januari 2024, yang mana harganya bermula RM 74,998 tidak termasuk insurans. Harganya masih lagi kekal seperti yang dilancarkan pada Oktober 2022.

Dark Magma



Yamaha TMAX TECH MAX  yang dipasang secara tempatan sepenuhnya (CKD) itu memiliki ciri-ciri membabitkan:

  • Rekaan lampu depan dan belakang LED, bentuk lebih sporty. 
  • Penghadang angin boleh laras baharu elektrik.
  • Pemegang hendal aluminium yang unik.
  • Corong udara di bahagian tengah yang berfungsi mengurangkan tekanan angin terhadap penunggang.
  • Rim Spin Forged 10 jejari yang lebih ringan berbanding model sebelumnya, dipadankan tayar Bridgestone Battlax SC2 secara standard.
  • Sistem suspensi dengan penggunaan fork USD 41mm depan dan penyerap hentakan tunggal belakang baharu.
  • Skrin TFT 7 inci serba baharu dengan keterhubungan telefon pintar serta peta Garmin yang boleh disambung menggunakan Bluetooth/Wifi/USB.
  • Ia juga boleh menggunakan aplikasi Myride Link.
  • Perehat belakang penunggang baharu dengan beberapa tahap posisi.
  • Butang penghidup enjin dan membuka tempat duduk.
  • Kerusi dan pemegang mempunyai pemanas.
  • Joystick untuk ubah tetapan meter dan penghadang angin.

Berhubung rangkaian kuasanya, ia masih mengekalkan enjin 560cc dengan menawarkan 47hp serta tork setinggi 55.7Nm. Beratnya pula mencecah 218kg, tetapi menjadikan skuter maxi ini paling ringan dalam kelasnya.

Tech Black

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here