HLYM lancar Yamaha TMAX TECH MAX, harga bermula RM74K!

1035

Hong Leong Yamaha Motor melancarkan skuter maxi bersesaran paling besar dalam keluarga Yamaha menerusi TMAX TECH MAX untuk pasaran tempatan.

Bagi model baharu itu, ia dijual bermula RM74,998 dan harganya sedikit mahal berbanding sebelum ini iaitu RM72,288 yang diperkenalkan pada Oktober tahun lalu.

TMAX yang diperkenalkan tahun lalu adalah model CBU, tetapi model 2022 ini pula adalah pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD).



Apa yang baharu berhubung skuter ini:

  • Rekaan baharu lampu depan dan belakang LED, bentuk lebih sporty. 
  • Penghadang angin boleh laras baharu elektrik.
  • Pemegang hendal aluminium yang unik.
  • Corong udara di bahagian tengah yang berfungsi mengurangkan tekanan angin terhadap penunggang.
  • Rim Spin Forged 10 jejari yang lebih ringan berbanding model sebelumnya, dipadankan tayar Bridgestone Battlax SC2 secara standard.
  • Sistem suspensi dengan penggunaan fork USD 41mm depan dan penyerap hentakan tunggal belakang baharu.
  • Skrin TFT 7 inci serba baharu dengan keterhubungan telefon pintar serta peta Garmin yang boleh disambung menggunakan Bluetooth/Wifi/USB.
  • Ia juga boleh menggunakan aplikasi Myride Link.
  • Dua warna iaitu Dark Petrol dan Power Grey.
  • Perehat belakang penunggang baharu dengan beberapa tahap posisi.
  • Butang penghidup enjin dan membuka tempat duduk.
  • Kerusi dan pemegang mempunyai pemanas.
  • Joystick untuk ubah tetapan meter dan penghadang angin.

Berhubung rangkaian kuasanya, ia masih mengekalkan enjin 560cc dengan menawarkan 47hp serta tork setinggi 55.7Nm. Beratnya pula mencecah 218kg, tetapi menjadikan skuter maxi ini paling ringan dalam kelasnya.

Permintaan skuter cukup memberangsangkan selepas pengeluaran pertama model sebanyak 35 unit sudah habis ditempah. Malah, pengeluar kedua sebanyak 40 unit   untuk November ini turut habis dijual.

Jika anda tempah sekarang, anda akan menerima skuter itu pada tahun hadapan.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here