Indonesia lancar Toyota Vios (2023), harga mula RM95k

2433

PT Toyota Astra Motor (TAM), pengedar rasmi jenama Toyota di Indonesia rasmi memperkenalkan Vios (2023) pada harga bermula Rp314.9 juta (RM95,990).

Sedan segmen-B itu diimport dari Thailand dan didatangkan dengan tiga pilihan varian:



  • 1.5 E MT: Rp314.9 juta (RM95,990)
  • 1.5 G CVT: Rp355.2 juta (RM108,266)
  • 1.5 TSS CVT: Rp368.4 juta (RM112,290)

Vios dijana oleh enjin 1,496cc DOHC dengan Dual-VVTi yang menghasilkan kuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm lalu dipadankan dengan transmisi manual atau CVT.

Vios kini menggunakan platform DNGA yang dikembangkan oleh Daihatsu yang menawarkan ketegaran lebih baik dan meningkatkan pengendalian.

Jarak roda juga kini lebih panjang 70mm berbanding sebelumnya dan pusingan radius 5.2 meter memudahkan pemanduan di lorong sempit. Sedan itu dipadankan dengan saiz tayar 195/60 R16 (E MT) dan 205/50 R17 (G dan G TSS).

Ciri asas yang ditawarkan pada Vios antaranya stereng kuasa elektrik (EPS), penulen udara, karpet lantai dengan sulaman logo Vios, unit infotainmen 9-inci dengan konektiviti telefon pintar, Kawalan Traksi (TC), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Daki Bukit (HSA).

GALERI

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here