Mentaliti B40, tangan nakal campak sampah dari rumah atas, cermin kereta pecah

904

Walaupun sudah di tahun 2022 dan tidak lama lagi bakal memasuki 2023, mentaliti segelintir individu masih lagi ke belakang waima segalanya kini sudah maju.

Sikap segelintir manusia yang masih gemar membuang sampah merata-rata tidak dapat dibendung dan sikap ini sering dikaitkan dengan golongan B40 kerana terjadi dalam kalangan mereka yang tinggal di rumah flat.

@piqahhhhs_

Disebabkan pengguna flat yang bodoh takdak sivik baling sampah dari atas punya pemalaih nak turun buang sampah tadaaa tengoklah sapa yg ke kena tanggung 😮‍💨

♬ original sound – ojccccc



Seperti mana yang berlaku pada seorang wanita ini yang terpaksa mengeluarkan RM600 bagi membaikpulih cermin yang pecah gara-gara tangan nakal yang membuang sampah dari atas di perumahan flat sekitar Jelutong, Pulau Pinang.

“Kami dah buat cermin tu haa kos RM500 jugak la cuci keta dekat 100+ tu pun masih bau.

“Kereta kami takdak bunyi kuat-kuat semua kereta Preve biasa ja haa plus bukan sebab khianat ka apa hampa ni sebab ada manusia yang sorang dua duk flat ni malaih,” tulisnya.

Video yang mendapat tontonan 300,000 lebih itu menunjukkan cermin belakang Proton Preve milik bapanya pecah dan dipenuhi dengan air dan longgokan sampah. 

Walaupun sudah menghantar kenderaan tersebut ke pusat cuci jelasnya bau sampah masih belum hilang dan jelasnya dia tinggal di perumahan berkenaan bagi menemani ibu bapanya dan hanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

“Dah 30 tahun lebih duk sini haa, lagi satu kan hampa flat ni takdak parking atas situ ja ada dan kami parking bukan dekat dengan tong sampah plus ada tong sampah besaq lagi untuk orang buang,” ceritanya. 

Tambahnya, perkongsian itu bukanlah ingin memburukkan pihak lain tetapi dia ingin menimbulkan kesedaran dalam kalangan pengguna agar lebih peka.

“Kena keta boleh nak baiki kalau kena kat org?,Pernah jatuh pasu sebelah bapak piqah,” kongsinya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.

“Besa kena dah masa sewa bilik flat moto aq habis pecah cermin sampai tak larat ganti, kadang bukan salah umah flat cuma orang tu yang masalah,” kata AnisahAmry. 

“Sama la tapi kereta husband I kena baling batu dari atas. habis cermin belakang pecah. memang takde sivik!,” kongsi Medai. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here