Perodua panggil balik Alza, ketatkan nut mounting penyerap hentak

1063

Pemilik Perodua Alza berkongsi menerima surat servis pemeriksaan kualiti pada grup Facebook Perodua Alza D27A.

Merujuk notis yang dikongsi, Perodua memanggil balik Alza bagi pemeriksaan suspensi depan.



Pada bahagian komen, pemilik menyatakan pemeriksaan berkenaan bagi mengetatkan semula nut mounting penyerap hentak. 

Menurut Perodua, pemeriksaan kualiti tersebut mengambil masa sekitar 1 jam yang mana pelanggan yang terkesan perlu membuat temujanji terlebih dahulu. 

“Kami memberi jaminan bahawa kenderaan anda selamat untuk dipandu. Pemeriksaan kualiti ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan standard kualiti dan penjagaan yang tertinggi buat pelanggan,” tulisnya pada notis. 

Pemeriksaan dan sebarang penggantian (jika perlu) dilakukan secara percuma. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here