Op Pewa : 125 kenderaan disita di Melaka

81

Sebanyak 125 kenderaan disita dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) yang dijalankan sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina bermula 1 hingga 27 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata kenderaan yang disita dalam operasi itu terdiri daripada 100 motosikal, 21 motokar dan empat kenderaan barangan.



“Kesalahan yang dikesan dilakukan pemandu warga asing ialah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada lesen vokasional (GDL), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans dan salah guna LKM iaitu kenderaan persendirian dijadikan kenderaan perkhidmatan barangan.

“Kebanyakan pemandu warga asing berkenaan menggunakan kenderaan yang disita untuk menjalankan perniagaan antaranya menjual ikan serta pembersihan rumah dan kita memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan ketirisan hasil negara,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here