Beli minimum dua buah tayar, Continental tawar kredit e wallet hingga RM200

89

Continental Tyres Malaysia menawarkan kredit sehingga RM200 pada e wallet Touch n Go menerusi promosi istimewa ‘balik kampung’. 

Promosi sempena sambutan Aidilfitri itu ditawarkan kepada pembeli jenama Continental, Dunlop dan Viking seluruh negara bermula 15 Mac hingga 30 April.



Pelanggan hanya perlu membeli minimum dua buah tayar Continental bersaiz 15-inci ke atas atau dua tayar Dunlop dan Viking bersaiz 17 inci ke atas untuk layak menyertai promosi tersebut.

Ia ditawarkan khas buat kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 menerusi pembelian di mana-mana wakil jualan yang mengambil bahagian seluruh negara atau kedai e-dagang rasmi Continental di Shopee dan Lazada untuk menebus kredit tersebut. 

Kredit tersebut hanya akan diterima oleh pelanggan selepas proses pengesahan dan status penebusan.

Selain itu, pelanggan juga layak secara automatik menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP.

TCP menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif yang membolehkan pelanggan mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu sekiranya berlaku kerosakan berpunca daripada keadaan jalan dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here