Bermaz Auto dilantik sebagai pengedar rasmi EV China, Xpeng di Malaysia

149

Bermaz Auto Bhd mengumumkan dilantik sebagai pengedar, jualan alat ganti serta perkhidmatan selepas jualan kenderaan elektrik pintar (EV) XPeng di Malaysia.

Hak pengedaran tersebut diberikan oleh Shenzhen Xiaopeng Motors Supply Chain Management Co Ltd, China dan Guangzhou Xiaopeng Motors Trading Co Ltd, China.

MPV Xpeng X9 yang diperkenalkan hujung tahun lalu merupakan pesaing baharu Denza D9

Shenzhen XPeng dan Guangzhou XPeng menyelia pengedaran dan jualan jenama pintar EV, XPeng, jualan alat ganti dan barang niaga serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan di seluruh dunia.



Mereka merupakan rakan kongsi kepada Guangzhou Xiaopeng Motors Technology Co. Ltd. pengeluar kenderaan elektrik pintar jenama XPeng yang berpangkalan di Guangzhou, Guangdong, China di samping memiliki beberapa pejabat di Mountain View, California, Amerika Syarikat dan Munich, Jerman.

Saham XPeng Motors didagangkan secara terbuka di Bursa Saham New York dan Bursa Saham Hong Kong.

“Kami teruja menerima hak pengedar XPeng di Malaysia. Kenderaan XPeng adalah antara EV pintar terbaik di China dan juga di seluruh dunia.

“Ia dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti teknologi pemanduan autonomi, kokpit digital dan berprestasi tinggi.

“Perisian Navigation Guided Pilot XPeng menawarkan keupayaan pemanduan autonomi dan boleh menavigasi di bandar utama di China seperti Beijing dan Shanghai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto, Datuk Francis Lee Kok Chuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here