Pemuda Thailand ini menunggang Honda Waze sejauh 2,589km demi lihat salji

266

Seorang pemuda dari Wilayah Surin dari Thailand mengembara sejauh 2,589km bagi memenuhi impian melihat dan bermain dengan salji. 

Pemuda yang menggunakan akaun Facebook Pan Kaewplang itu meredah laluan lasak bermula pada 17 Mac lalu dengan memberikan sepenuh kepercayaan pada Honda Wave miliknya. 



Pan Kaewplang berkongsi pengalaman pertamanya dengan salji selepas melalui ekspedisi luar biasa yang mengambil masa tujuh hari dengan keupayaan kapcai Wave yang luar biasa.

Kembara itu dilakukan bersama rakan-rakannya dengan Surin, menuju ke persimpangan sempadan Chong Chom. Konvoi itu melalui Laos untuk menuju ke China yang mana perjalanan yang memerlukan ketahanan dan keazaman. 

Selepas berkongsi pengalamannya, hantaran Pan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang berasa kagum dengan semangat dan keberanian kembara pemuda itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here