Chery Tiggo 8 Pro warna terhad Aurora Green, harga bermula RM159,800

162

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Chery Malaysia memperkenalkan pilihan warna terhad, Aurora Green bagi model Tiggo 8 Pro.

Warna edisi terhad itu akan menambahkan sentuhan keanggunan dan kecanggihan pada model SUV berkenaan. 

Tiggo 8 Pro yang dilancarkan di Malaysia pada Julai 2023 menjadi kegemaran di kalangan peminat SUV dengan miliki bahagian dalamannya yang luas, teknologi pintar canggih dan enjin yang berkuasa.



Ia menggunakan enjin pengecas turbo 2.0L yang menghasilkan output 256HP dan tork 390Nm yang disempurnajan dengan Transmisi Dwi Klac (DCT) 7-kelajuan.

Apa yang menariknya, biarpun sebuah SUV yang berkuasa dan cekap, namun kadar penggunaan bahan api hanya 7.4L/100km.

Seiring dengan teknologinya, ia dilengkapi pelbagai ciri canggih, termasuk Wireless Apple CarPlay dan Android Auto yang lancar, Kamera Panoramik 540 darjah dan Paparan Skrin Dwi 24.6 inci. 

Tiggo 8 Pro juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) terkini yang memberikan pemandu rasa keselamatan yang lebih tinggi di jalan raya seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist dan Blind Spot Detection. 

Teknologi Kaca Akustik kalis bunyi kenderaan memastikan dalaman yang sangat tenang, meningkatkan pengalaman pemanduan keseluruhan.

Pilihan warna Aurora Green tersedia secara eksklusif kepada hanya 120 unit, menjadikannya pilihan yang benar-benar tersendiri untuk pelanggan yang ingin menonjolkan diri daripada orang ramai.

Dijual bermula RM159,800 dan didatangkan dengan pakej waranti komprehensif, menawarkan perlindungan selama 7 tahun atau sehingga 150,000km, berserta perkhidmatan buruh selama 5 tahun percuma.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk meningkatkan perlindungan mereka dengan menambah RM2,000 untuk Pakej Waranti Lanjutan, yang menyediakan waranti 10 tahun atau 1,000,000KM untuk enjin kenderaan mereka.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here