Mercedes-Benz CLE300 4Matic Coupe lancar di Malaysia, harga RM526k

156

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mempertontonkan Mercedes-Benz CLE300 4Matic Coupe pada harga anggaran RM526,000 seunit. 

CLE300 dilengkapi enjin 2.0 liter turbo 4-silinder petrol yang menghasilkan kuasa 255hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @2,000-3,200rpm. Janakuasa itu turut dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48-volt EQ Boost bersama integrated starter generator (ISG) 23hp atau dan 205kW.



Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatic 9G-Tronic dan sistem pacuan 4Matic. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.

Penampilan CLE mirip model C-Class sedia ada dengan panjang 4,850mm, lebar (1,860mm), tinggi (1,428mm) dan jarak roda 2,865mm. 

Bahagian depan dipadankan dengan gril hexagonal bersama lampu depan kecil serta rekaan lampu belakang yang disatukan dengan kemasan hitam pada pintu but.

Menurut MBM tawaran lampu depan digital dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus, adalah yang pertama kali ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Penampilan sporty semakin menyerlah menerusi pakej AMG Line yang didatangkan standard merangkumi bampar lebih agresif dan pakej Night dengan kemasan hitam berkilat pada gril, rim AMG 19-inci dan spoiler AMG.

Didatangkan dengan bentangan kerusi 2+2, bahagian konsol tengah menempatkan skrin bersaiz 11.9-inci yang menjadi antara muka Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Tidak ketinggalan turut tersedia kluster instrumen digital 12.3-inci dan paparan head-up.  

Sedan itu juga didatangkan dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya bumbung panorama, MBUX Interior Assistant, kerusi kemasan kulit, sistem bunyi Burmester 3D, lampu ambien dan Keyless-Go.

Demi ketenangan minda pemilik, CLE dilengkapi dengan Driving Assistance Package Plus yang merangkumi ciri keselamatan ciri Active Distance Assist Distronic, Active Steering Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Emergency Stop Assist, Active Brake Assist, sokongan belokan evasif, Active Blind Spot Assist, Pre-Safe, Pre-Safe Impulse Side, Memory Parking Assist, Active Parking Assist dengan Parktronic dan kamera 360-darjah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here