Polis buru dua lelaki khianat dan bakar Toyota Hilux

167

Polis memburu dua lelaki yang melakukan khianat dan membakar sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua lelaki melakukan perbuatan itu.

“Pada 11.45 malam, dua lelaki menaiki motosikal berhenti di bahagian hadapan kereta itu dan terus menuang cecair disyaki petrol dan membakar kereta itu.



“Pemilik kenderaan, lelaki berusia 56 tahun yang juga seorang kontraktor memberitahu tidak bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan khianat itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here