Xiaomi batal kemas kini had kuasa π‘Ίπ‘ΌπŸ• 𝑼𝒍𝒕𝒓𝒂 selepas pemilik bantah

25

Xiaomi membatalkan kemas kini perisian kontroversi yang mengehadkan kuasa penuh sedan elektrik utamanya, SU7 Ultra, berikutan bantahan daripada pemilik.

Pertikaian bermula apabila Xiaomi memperkenalkan versi perisian 1.7.0 yang mengehadkan output maksimum kereta daripada 1,548hp kepada kira-kira 900hp (bagi pemanduan biasa).

Untuk mendapatkan prestasi penuh, pemilik perlu melengkapkan masa pusingan kelayakan di litar lumba yang diluluskan melalui sistem penilaian mod kelayakkan masa pusingan.

Kemas kini itu juga memperkenalkan tempoh siap sedia 60 saat untuk launch control, bagi menghindari permulaan kuasa tinggi spontan di lampu isyarat.Β 

Jurucakap Xiaomi Auto menjelaskan sekatan itu dilaksanakan atas faktor keselamatan kerana keupayaan prestasi tinggi itu memerlukan keadaan litar bagus dan pengendalian berpengalaman.

“Kami tekankan output penuh 1,548hp direka untuk penggunaan litar dengan tayar yang sesuai dan persediaan.

“Kami ingin pastikan pemilik boleh menikmati prestasi itu dengan selamat,” kata pihak syarikat.Β 

Bagaimanapun, had tersebut mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat yang telah membeli sedan berprestasi tinggi itu pada harga CNY529,900 (RM311,204) yang sememangnya khusus untuk pecutan dan angka kuasa tinggi.Β 

Perdebatan hangat di forum dan media sosial menggesa Xiaomi membatalkan had berkenaan manakala ada yang menyokong tindakan syarikat atas faktor keselamatan.

Menghadapi tekanan yang semakin meningkat, Xiaomi akhirnya menarik balik ciri-ciri pengehad prestasi itu dan mengakui keperluan komunikasi yang lebih telus mengenai kemas kini perisian akan datang.Β 

Insiden ini menggariskan cabaran yang semakin meningkat bagi pengeluar kereta apabila kenderaan ditakrifkan oleh perisian. Had prestasi, ciri keselamatan, dan dasar kemas kini over-the-air semakin menjadi titik pertikaian.

Xiaomi mendakwa ia komited untuk bekerjasama lebih rapat dengan komuniti pemiliknya apabila melaksanakan perubahan perisian.Β 

Namun, syarikat itu kekal berpendapat bahawa persekitaran litar kekal cara paling selamat untuk menguji potensi penuh SU7 Ultra.

“Tindakan Xiaomi tarik balik update memang jelas kuasa pengguna boleh pengaruhi keputusan syarikat, lagi-lagi diΒ pasaran kereta yang serba canggih macam kat China sekarang.”

ARTIKEL LAIN

Selepas 10 hari penghantaran, Xiaomi SU7 Ultra pertama kemalangan di litar

 

Β 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here