Kawasaki Ninja 400, Z400 dapat pilihan warna baharu di Jepun

175

Teknologi kejuruteraan warna ‘coverset’ merupakan pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar untuk memastikan model yang ditawarkan lebih malar segar.

Di Jepun, Kawasaki mengumumkan penawaran warna baharu untuk model 400 cc, iaitu Ninja 400 dan Z400.

Kedua-dua jentera itu tidak didatangkan sebarang perubahan mekanikal, bermakna enjin 399 cc itu masih lagi mampu menghasilkan kuasa 39 PS dan 38 Nm.

Kawasaki Ninja 400 kini didatangkan pilihan warna Metallic Matte Graphene Steel Gray/Metallic Flat Spark Black, atau Metallic Spark Black/Metallic Magnetic Dark Gray.

Sementara Kawasaki Z400 pula hanya wujud dalam warna tunggal Metallic Spark Black/Metallic Moondust Gray.

Di Jepun, Kawasaki Ninja 400 dijual pada harga 792,000 yen (RM23,275) manakala Z400 pula berharga 748,000 yen (RM21,982).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here